Bagaimana Toksin Dibuang Dari Tubuh Manusia

Bagaimana Toksin Dibuang Dari Tubuh Manusia
Dalam keadaan normal, toksin disingkirkan dari badan manusia melalui sistem perkumuhan seperti najis, air kencing dan perpeluhan. Oleh yang demikian adalah perlu bagi kita memantau jadual pembuangan najis adalah teratur dan tahap normal adalah sekali sehari. Manakala kencing perlu dalam selang masa yang bersesuaian dan jangan sesekali menahan kencing kerana dikhuatiri akan terbit kristal-kristal yang akhirnya membentuk satu gumpalan keras yang besar. Ini akan menyebabkan saluran kencing tergores dan terluka. Berpeluh itu adalah baik untuk kesihatan, maka, lakukanlah senaman ringan untuk menggalakkan pengeluaran peluh yang membawa toksin keluar melalui kulit. Individu yang kerap bersukan mempunyai bau peluh yang kurang berbau berbanding seseorang yang tidak bersukan. Sisa-sisa toksin yang sesekali keluar dari mereka yang kurang bersukan itulah yang menyumbangkan kepada bau peluh yang masam lagi meloyakan. Adakah anda tergolong dalam kategori ini? Jika jawapan anda adalah YA, jangan bimbang, anda tidak berseorangan. Masaalah ini kerap berlaku kepada ramai orang.



Bagaimana Toksin Memasuki Badan Manusia
Ia memasuki badan dalam pelbagai cara :

  • Udara yang dihidu bukanlah 100% bersih. Ianya banyak tercemar terutamanya kepada mereka yang tinggal di bandar. Asap yang dikeluarkan dari ekzos kenderaan amat merbahaya. Ditambah pula dengan jumlah tumbuh-tumbuhan yang sedikit bilangannya di bandar menjadikan keadaan lebih teruk. Umum mengetahui tumbuh-tumbuhan melepaskan oksigen dan memerlukan karbon dioksida manakala manusia melepaskan karbon dioksida dan memerlukan oksigen. Lebih banyak manusia berada di persekitaran hijau lebih baik hasilnya kepada kesihatan manusia.


  • Makanan yang dimakan terutamanya sayur-sayuran mengandungi kadar kimia dalam jumlah yang sedikit tetapi lama-kelamaan akan menimbun didalam badan manusia sekiranya tidak dikeluarkan oleh badan. Sayur-sayuran disembur dengan racun anti-perosak tanaman untuk menghasilkan pengeluaran yang tinggi. Mana mungkin seorang peladang komersil tidak menggunakan racun anti-perosak tanaman untuk menghalau serangga dari merosakkan tanaman mereka.
  • Ubat-ubatan moden juga menggunakan campuran bahan kimia/dadah dalam jumlah yang terkawal. Secara semulajadi badan akan cuba membuang kandungan kimia/dadah tersebut melalui sistem perkumuhan.
  • Kemungkinan anda terdedah kepada radiasi tahap rendah seperti sinar x-ray dan bahan radioaktif.
  • Sisa-sisa makanan yang masih tinggal di usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan menghasilkan racun didalam badan.
  • Kekurangan air dalam badan akan mengganggu proses pembuangan toksin. Makanan yang dimakan mungkin mengandungi racun dan udara yang tercemar diproses oleh sistem pernafasan manusia yang akhirnya terkumpul didalam badan manusia, perlu diproses oleh sistem detoksifikasi yang memerlukan air sebagai salah satu ejen pembuangan toksin. Zat-zat yang mencukupi diperlukan oleh memastikan badan mampu bekerja dengan baik untuk proses detoksifikasi.

Tanda-tanda Toksin Banyak Dalam Badan

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit Kepala
  • Jerawat
  • Penuaan Pra-matang
  • Letih
  • Berat Badan Berlebihan
  • Sukar Tidur Lena (Insomnia)

Mengapa Kita Perlu Menitik-beratkan Proses Menyah-toksid Badan?
Persoalannya, adakah badan anda memiliki sistem perkumuhan yang baik. Bukan semua orang mempunyai tahap sistem perkumuhan yang boleh dikategorikan sebagai terbaik dari segenap aspek (najis, kencing, peluh). Badan manusia terlalu sibuk melakukan berbagai kerja walaupun sewaktu kita tidur. Adalah menjadi tugas anda untuk meringankan tugas mereka dengan memantau makanan yang dimakan, air yang diminum, udara yang disedut dan senaman yang mencukupi.

Saranan
Makanlah makanan yang bersih yang tidak tercemar dengan membasuh bahan mentah seperti sayur-sayuran dengan air yang mencukupi. Petua : rendam sayur-sayuran dengan air garam untuk mengikis racun-racun yang mungkin masih terlekat di daun. Minumlah air berkualiti yang bertapis dan rendah tahap keasidannya.