Kepentingan Air Kepada Badan Manusia

Mampukah kita hidup tanpa air untuk tempoh yang lama? Tentu sekali tidak kerana organ dalaman manusia menggunakan air sebagai ejen penyahtoksidan terhadap apa yang dimakan atau yang diminum. Air sebagai ejen perkumuhan akan membantu melupuskan racun yang terdapat didalam badan yang akhirnya akan dibuang keluar melalui saluran kencing. Toksid yang tidak dapat dikeluarkan dari badan akan menjadikan badan manusia lesu kerana tahap asid yang tinggi.

sumber air minuman

Berat badan lelaki dewasa secara puratanya terkandung 55% - 75% air. Peratusan ini juga bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, kesihatan dan jantina. Kajian mendapati, kebanyakan orang dewasa tidak mengira peringkat umur dan jantina, mempunyai kadar air dalam badan sebanyak 65%. Tahukah anda, seorang bayi yang baru lahir mempunyai paras air setinggi 73% dari berat badannya? Sumber : Wikipedia

Tidak dapat dinafikan bahawa kepentingan air kepada badan manusia adalah sangat besar pengaruhnya. Air memberi manfaat kepada tubuh badan manusia, antaranya :

Sumber tenaga

Sebagai ejen penting untuk membawa zat-zat makanan ke segenap bahagian tubuh manusia dan menghapuskan sisa-sisa toksid yang tidak diperlukan oleh badan. Pastikan anda kekal terhidrasi dengan mengambil jumlah air yang mencukupi agar kekal sihat dan bertenaga.
Mengurangkan risiko mendapat penyakit
Kajian mendapati pengambilan air yang mencukupi dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti batu dalam ginjal, kanser saluran kencing dan kanser usus besar disamping dapat mengelakkan gejala sembelit.
Mengeluarkan toksid dalam tubuh
Setiap hari kita mengambil sejumlah racun melalui sayur-sayuran yang dimakan, udara tercemar yang disedut dari ekzos kenderaan dan air minuman dari bekalan air paip di rumah mahupun di premis-permis perniagaan. Sayur-sayuran yang ditanam secara komersil kebiasaannya disembur dengan bahan penghalang serangga perosak yang boleh memudaratkan jika sayur-sayuran tidak dibasuh dengan bersih. Walaupun racun serangga yang digunakan tidak mendatangkan bahaya yang ketara kepada manusia tetapi untuk tempoh yang lama, mampu mendatangkan kesan tidak baik kepada kesihatan manusia.
Mengatur suhu badan
Sesuai dengan keadaan air yang sejuk, ia mampu mengurangkan panas dalam badan manusia. Kepanasan badan yang melampau mampu merosakkan sel-sel otak.
minum air untuk kesihatan

Ejen pelembap wajah
Kepentingan air kepada badan manusia tidak hanya dari segi kesihatan tetapi ia juga mampu menjaga ketrampilan diri seseorang. Dengan meminum air yang mencukupi, kulit akan kekal lembap dan dapat menghilangkan kedutan di muka.
Meningkatkan metabolisme badan
Air juga sebahagian dari komponen penting dalam proses metabolisme. Seseorang yang mengambil air yang mencukupi, mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Apabila berlakunya peningkatan terhadap kadar metabolisme, badan akan mempunyai berat badan yang ideal dan ini akan memudahkan pergerakan seharian anda, menjadikan anda yakin dengan ketrampilan diri.
Membantu mencerahkan kulit
Pengumpulan kotoran dalam tubuh akan menyebabkan pertumbuhan jerawat. Sebagai langkah perlu, anda hanya perlu mengambil air yang banyak agar segala kekotoran dapat disingkirkan dari tubuh badan.
Mengatasi masalah kerap migrain
Migrain juga dikaitkan dengan masalah kurangnya air dalam badan. Bila berlaku keadaan panas dalam badan, maka, akan lebih cepatlah kesan sampingan dibahagian kepala. Otak mengandungi 90% air dan perlu kekal berair untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik.
Amalan pengambilan air pada kadar yang tinggi harus disemai diperingkat kanak-kanak. Sebagai ibubapa, kita perlu menjelaskan kepada mereka akan kepentingan air kepada badan manusia demi menjamin kesihatan yang tidak ternilai harganya. Tetapi pengambilan air yang banyak sahaja tidak mencukupi untuk penjagaan kesihatan ditahap optimum kerana umum tidak mengetahui apakah tahap kualiti air yang diminum. Kini terdapat banyak penapis air murah di pasaran berbanding di awal ianya diperkenalkan kepada pengguna. 

Saranan : Elakkan dari pengambilan air minuman yang tidak bertapis. Sekiranya anda berkesempatan menonton video ini, sila perhatikan tahap kekotoran yang berjaya ditapis oleh sebuah unit penapis air diluar rumah. Mengapa penapis air amat penting?