Pokok Keremak Merah

Pokok Keremak Merah mudah didapati di pasar-pasar basah terutamanya di kawasan berhampiran kampung-kampung. Daunnya dijual dalam harga sekitar RM1-RM2 seikat dan dimakan sebagai ulam bersama hidangan menu utama. Berbanding ulam-ulaman yang lain, daun keremak merah agak kurang popular, bahkan saya sendiri pun baru sahaja mengenali spesis ini.


pokok keremak merah
Saya sememangnya seorang peminat ulam namun daun keremak merah agak asing kepada saya.

Bersesuaian dengan namanya, bentuk fizikalnya adalah berdaun agak kurus, batang dan daun berwarna merah. 

Selain dari merebus pokok ini sebagai rebusan herba, daun keremak merah juga boleh dimakan sebagai ulam-ulaman dan sesetengah penggemar menjadikannya sebagai sayur-sayuran.

Nama Saintifik : 
Alternanthera Sessilis (L) R. Br.
Nama Tempatan : 
Keremak Merah, Bintang Merah, Bintang Langit
Bahagian Yang Boleh Digunakan : 
Seluruh Pokok
Ciri-ciri : Pokok tidak meninggi, berdaun merah termasuk batang dan pelepah. 

Kegunaan :

  • Membersihkan salur darah jantung yang tersumbat
  • Sakit ginjal
  • Sakit batuk berdarah
  • Melegakan demam
  • Mengurangkan sakit jantung
  • Menjaga kesihatan bahagian dalaman perut (anti-ulser)
  • Mengurangkan kolestrol