Pokok Seranting

Kebiasaannya pokok Seranting atau Mother Wort banyak ditemui di tanah terbiar berhampiran kawasan kampung. Ia tumbuh meliar di tepi jalan tanpa sesiapapun menghiraukannya kerana tidak ramai yang tahu akan khasiatrnya dalam dunia perubatan tradisional. Pokok seranting boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter. Ianya juga sesuai sebagai pokok hiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.

Bagi penduduk Sarawak, ia telah lama digunakan sebagai alternatif perubatan tradisional yang dipercayai berkesan untuk membaiki peredaran darah dan menjaga kesihatan wanita terutamanya buat wanita yang baru melahirkan anak.


pokok seranting leonurus sibiricus
Sumber Photo : Wikipedia - Daun Seranting
Nama Saintifik : 
Leonurus sibiricus
Nama Tempatan : 
Kacangma (Chinese), Seranting, Tebung aga, Padang deman (Melayu)
Bahagian Yang Boleh Digunakan : 
Seluruh pokok
Ciri-ciri :
Berbulu, batang pokok berbentuk 4 segi. Terdapat 2 spesis di mana bunganya berwarna merah jambu dan putih.
Kegunaan :
Berkhasiat untuk wanita dalam merawat kitaran haid yang tidak menentu, merawat dalaman wanita sewaktu peringkat putus haid, sakit kencing berdarah, darah tinggi, anti-kanser, mengaktifkan aliran darah dan mengimbangkan hormon wanita. Disamping itu pokok Seranting juga bertindak sebagai ejen awet muda.